Aina Abdul Berkonsert Di DFP Pada 10 & 11 Mei, Ini Apa Yang Ainations Boleh Jangka Nanti ...
Amri Hassan
23/03/2024 11:19 MYT
23/03/2024 11:19 MYT
Bintang sensasi Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seni beliau apabila berkolaborasi dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) pada 10 dan 11 Mei 2024 nanti.
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre itu bakal menyertai barisan artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah dan Ella.
Lagu-lagu Aina bakal diinterpretasikan dalam gubahan simfoni dan MPO yang akan memberi nafas segar untuk karya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Terus Hidup, Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam, Imaji, Shadow, Kelip Kelip dan Dawai.
Aina, yang juga merupakan seorang komposer, telah mengagumkan khalayak dengan bakat yang sungguh luarbiasa dan penampilan pentas yang sentiasa kreatif.
Konsert Aina bersama MPO akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose dan terus menyaksikan keunggulan orkestra ini yang melangkau pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz, tradisional dan kontemporari.
MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sebuah muzik ekstravaganza gabungan dinamik MPO dan Aina Abdul, hanya di DFP!
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre itu bakal menyertai barisan artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah dan Ella.
Lagu-lagu Aina bakal diinterpretasikan dalam gubahan simfoni dan MPO yang akan memberi nafas segar untuk karya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Terus Hidup, Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam, Imaji, Shadow, Kelip Kelip dan Dawai.
Aina, yang juga merupakan seorang komposer, telah mengagumkan khalayak dengan bakat yang sungguh luarbiasa dan penampilan pentas yang sentiasa kreatif.
BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!
Beliau pernah mempersembahkan konsert yang mendapat sambutan hangat seperti Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya (2022), A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena Bukit Jalil (2023) dan A Night With Aina Abdul ‘Live’ In Singapore (2024) selain dari kejayaan konsisten di AJL; Vokal Terbaik dan tempat ketiga untuk lagu Jangan Mati Rasa Itu (2024), Vokal Terbaik dan juara untuk lagu Terus Hidup (2023) dan Vokal Terbaik untuk lagu Sepi (2022).Konsert Aina bersama MPO akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose dan terus menyaksikan keunggulan orkestra ini yang melangkau pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz, tradisional dan kontemporari.
PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Ibu Pengkritik Tegar Aina Abdul - “Dia Suka Hantar Voice Note Macam Radio”
Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa untuk pelbagai lapisan penonton di DFP.MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sebuah muzik ekstravaganza gabungan dinamik MPO dan Aina Abdul, hanya di DFP!