HIBURAN
Aina Abdul Dedah 'Puas Sudah' Babak Paling Menyakitkan Dalam Hidupnya - “Kali Terakhir Saya Bawa Lagu Ini Adalah…”
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui lagu ciptaannya, Puas Sudah menyimpan kisah sedih dalam perjalanan hidupnya sebagai anak seni.
Menurut Aina, lagu tersebut meninggalkan kesan yang sangat mendalam selepas usai Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) awal tahun ini.
“Puas sudah ini untuk beberapa sebab ia adalah babak paling menyakitkan dalam hidup saya. Sebab lagu ini banyak mengubah hidup saya selepas AJL, saya rasa peminat mesti tahu,” katanya.
Pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani turut berkongsi bahawa lagu tersebut pernah menerima pelbagai kecaman, menyebabkan dia tidak lagi menyanyikannya secara langsung selepas pertandingan itu berlangsung.
Namun, pelantun lagu Terus Hidup itu meluahkan rasa terkejut dan tersentuh apabila mendapat tahu bahawa penyanyi, Fadhilah Intan meminati ciptaannya itu.
“Lagu ini menerima banyak kecaman dan saya tak nyanyi lagu ini sangat lama. Kali terakhir saya bawakan lagu ini adalah selepas pertandingan tersebut, ia sangat menyakitkan.
“Selepas saya dengar awak suka lagu ini saya sangat terkejut,” kongsi Aina kepada Fadhilah.
“Saya suka sebab lagunya sangat-sangat indah,” balas Fadhilah.
Aina Abdul berkongsi perkara tersebut kepada Fadhilah dalam satu siaran langsung di platform TikTok.
Sekada info, Aina Abdul dan Fadhilah Intan akan muncul dengan sebuah lagu yang berjudul Arah Cinta Sejati.
Lagu ini akan dilancarkan pada 6 Jun 2025.
Must-Watch Video