Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

Mya Amri
07/05/2024 05:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman telah mengundang penyanyi, Aina Abdul membuat persembahan di majlis resepsinya baru-baru ini.

Netizen persoal pemilihan lagu Aina

Namun Aina menjadi bualan netizen selepas menyampaikan lagu berjudul I Will Always Love You oleh Whitney Houston.

Rata-ratanya mempersoalkan pemilihan lagu yang dibuat Aina untuk dinyanyikan di majlis tersebut.

Tyra kemudiannya memberikan respon tentang perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan tangkap layar ciapan seorang individu di aplikasi X yang turut sama mempersoalkan tentang lagu berkenaan.

Individu itu mengatakan lagu tersebut tidak sesuai untuk dinyanyikan di majlis perkahwinan memandangkan lirik lagunya mengisahkan tentang perpisahan.

Tetamu terpukau dengan suara merdu Aina berbanding makna lagu

Tyra bagaimanapun menerusi hantaran di Insta Stories miliknya meminta individu tersebut untuk bertenang kerana orang ramai lebih terpukau mendengar suara Aina berbanding makna disebalik lagu itu.

Malah lagu itu juga merupakan lagu kegemaran suaminya iaitu pereka fesyen, Emran Rijal.

“Eh relax la. Kita tak buat permintaan pun lagu tu tapi seronok mendengar lagu Whitney Houston dinyanyikan oleh The Aina Abdul.

“Lagu itu juga merupakan lagu kegemaran Emran dari Whitney. Tak ada siapa pun yang hiraukan maksud lagu tersebut.

“Semua terharu mendengar suara merdu Aina dan lagu itu adalah lagu yang semua orang tahu.

“Kalau ikut saya, saya bak lagu Everyday I’m Shuffling tau dekat majlis resepsi saya. Wedding saya, suka hati saya lah nak lagu apa. Bey Soba Bey pun boleh,” coretnya.

BERITA TRENDING: Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111


Terdahulu, Tyra dan Emran Rajli telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.

#Kahwin #Aina Abdul #Wedding #Tyra Kamaruzzaman #Bey Soba Bey #Lagu Kahwin
;