Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

Asyraf Roslan
25/10/2024 14:25 MYT
Selepas setahun melancarkan album IMAJI, penyanyi, Aina Abdul mengeluarkan album susulan iaitu IMAJI deluxe.

Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu, menyatakan sebagai seorang penyanyi dia juga menyimpan hasrat seperti penyanyi lain untuk memiliki album tersebut.


“Sebenarnya saya memang bercita-cita nak ada deluxe.

“Saya tengok idola saya ada album seperti itu dan saya rasa bagusnya juga jika saya juga mempunyai satu album deluxe selepas melancarkan album pertama saya,” kata Aina kepada Gempak.

Melengkapkan penerbitan IMAJI, Aina tampil dengan tiga buah naskah baharu iaitu Menua, Jadi Ajari Aku, dan Gentayangan.

#Album #Aina Abdul #Imaji #IMAJI Deluxe
;