Laman Utama
Aina Abdul Melaram Barang Kemas RM1.6 Juta Berkonsert Di UM! - "Ons Tak?"
Bukan biasa-biasa, walau tak berfesyen eksentrik penyanyi Aina Abdul tampil dengan memakai barangan perhiasan barang kemas bernilai anggaran RM1.6 juta pada konsert A Night With Aina Abdul Uniedition di Universiti Malaya, pada Sabtu.
Barangan kemas yang berharga jutaan ringgit itu merupakan tajaan sebuah syarikat barang kemas terdiri daripada choker, cincin, gelang dan anting-anting.
"Untuk hari ini kosnya RM1.6 juta. Ons tak?
"Saya bersama dengan sebuah syarikat barangan kemas, sebab nanti kita akan berkolaborasi," ujar Aina ringkas.
Memilih dua busana berwarna hijau dan biru untuk konsert A Night With Aina Abdul Uniedition, kata Aina dia menyesuaikan pakaian terbabit dengan pilihan lagu.
"Saya memang memilih untuk tampil dengan gaya lebih minimalis untuk konsert ini kerana disesuaikan dengan pilihan lagu saya. Kita tak ada lagu-lagu yang memerlukan saya bereksperimental.
"Sebenarnya nak datang tadi dengan lampu, tapi nak show kita buka lampu. Takut nanti tak nampak jalan.
"Saya minta semua doakan saya, saya sediakan sesuatu yang istimewa untuk konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena pada November nanti," janjinya.
A Night With Aina Abdul Uniedition merupakan siri jelajah universiti pertamanya sebelum melanjutkan konsert seterusnya di dua lagi universiti tempatan lain.
"Menerusi A Night With Aina Abdul 2.0, kami mendapat respon bahawa tiket konsert saya tak 'student friendly', jadi saya rasa bersalah sangat.
"Jadi saya bersama pasukan saya menghubungi beberapa universiti dan Universiti Malaya yang memberikan respon paling awal tanpa meletakkan rules and regulation yang terlalu ketat.
"UM membantu saya daripada segi costing dan menaja beberapa perkara untuk konsert ini.
"Sebenarnya pentas ini ikonik kerana Allahyarham Sudirman Arshad pun pernah suatu ketika membuat persembahan di sini. Saya pun seronok kerana ada nilai sentimental itu," katanya.
Pada konsert A Night With Aina Abdul Uniedition, Aina melantunkan 10 buah lagu antaranya Ghost, Fool, Shadow, Kelip-Kelip, Sumpah, Sepi dan Terus Hidup selain lagu baharunya, Puas Sudah.
Must-Watch Video