Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

Mya Amri
17/09/2024 09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kurik Kundi lagu kegemaran


Menurut Aina, karya tersebut merupakan lagu kegemarannya dan dinyanyikan dalam satu acara bersempena dengan Hari Malaysia yang berlangsung pada Isnin.

“Sedikit dari kerja semalam. Diberi tugasan untuk menyanyikan 'Kurik Kundi’… Gementar nak nyanyi lagu ini.


“Sebab karya ini adalah antara lagu kegemaran saya dalam banyak banyak lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza @ctdk. lni kira paling favourite dalam album Sanggar Mustika,” kongsi Aina menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Takut salah lirik & lenggok irama Malaysia


Tambah Aina lagi, antara perkara yang paling ditakuti adalah salah lirik dan juga lenggok irama Malaysia kerana genre tersebut bukan kepakarannya.

“Mata saya terkunci dekat prompter, sebab takut salah lirik. Aina tidak berapa lancar dengan lenggok irama Malaysia, sudah terlalu lama tak asah.


“Apa-apa pun alhamdulillah berjalan dengan lancar, terima kasih band yang mengiringi saya @kombobudayaofficial ada rezeki kita berjumpa lagi ya,” tulisnya.

Berikut merupakan video nyanyian Aina ketika menyampaikan lagu tersebut.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Dalam perkembangan lain, Aina bakal sibuk dengan siri jelajah sulungnya iaitu Konsert Aina Abdul Imaji Tour tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

ARTIKEL BERKAITAN:Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Tak Cuci 200 Pasang Baju Ikonik, Rancang Buka Galeri


Konsert jelajah Imaji Tour akan diadakan di tiga buah lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UMS) pada 14 Disember depan, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari 2025.

Konsert ini juga bagi memperkenalkan album sulungnya, Imaji yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.



#Datuk Seri siti Nurhaliza #CTDK #Hari Malaysia #Aina Abdul #Nervous #Kurik Kundi