Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aina Abdul Tak Cuci 200 Pasang Baju Ikonik, Rancang Buka Galeri

Amri Hassan
01/12/2023 06:45 MYT
Penyanyi popular Aina Abdul mendedahkan dia tidak akan membasuh kesemua pakaian yang pernah disarungnya ketika membuat persembahan.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Pertahan Fesyen 'Aneh' Peminat Turun Konsert! - "Ini Tentang Individualiti &...

Mengumpul lebih 200 helai busana daripada pelbagai pereka fesyen tempatan terutamanya, Aina punyai alasannya.

"Kalau diikutkan saya ada kira-kira lebih 200 pasang baju yang pernah dipakai semasa show. Baju-baju itu hanya digunakan sekali sahaja dan saya tidak membasuhnya.

?Pada saya baju-baju ‘hidup’ dan ia memberi gambaran tentang karier saya sebagai seorang penyanyi dan disebabkan itu ia ada nilai sentimental tersendiri," ujarnya kepada Gempak.

Aina ditemui pada sidang media pelancaran konsert Aina Abdul Live In Singapore di Menara KL baru-baru ini.

Selain tidak pernah membasuh baju-baju tersebut, pelantun lagu Terus Hidup itu juga merancang membuka sebuah galeri yang akan menghimpunkan semua baju-bajunya.

"Saya memang ada perancangan ke arah itu kerana sudah berhabis ratusan ribu ringgit untuk baju-baju tersebut. Mungkin ada juga sedikit pulangan yang saya akan terima dengan pembukaan galeri berkenaan,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Busana Queen Of Gold Aina Abdul Bernilai RM120,000, Berat 40 Kilogram! - "Fabrik Emas Ni Tak...

Konsert Aina Abdul Live In Singapore dijadual berlangsung di The Theatre at Mediacorp yang memuatkan 1,800 kapasiti penonton pada 6 Januari 2024.

Konsert anjuran Neptune Presents dan Aina Abdul Entertainment selaku penganjur bersama bakal mencatat satu lagi sejarah kegemilangan buat pelantun lagu Sumpah dan Terus Hidup itu.

Aina bakal mempersembahkan 26 rangkaian lagu hits menerusi konsert berdurasi selama 2 jam 30 minit itu.

Lebih hebat, persembahannya akan diiringi 15 pemuzik profesional yang diterbangkan dari Malaysia di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew.

#Penyanyi #Gaya Hidup #Fesyen #Singapura #Baju #Busana #Aina Abdul #Galeri
;