Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ainan Tasneem Terharu Masih Ramai Yang Cam Walaupun Sudah Berpurdah

Fiza Kamarudin
06/05/2019 02:32 MYT
Penyanyi Ainan Tasneem meluahkan rasa terharu kerana masih ramai yang mengenalinya walaupun sudah berpurdah.

Ainan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi posting di Instagram (IG)nya pada Ahad lepas.

Tambah Ainan, lebih terharu lagi apabila ada yang mengenali anaknya, Salsabiela, dan suami, Ariff.

“Ainan pelik la, dah banyak kali dah kalau Ainan balik daripada keluar jalan-jalan dengan ‘family’ tak lama lepas tu mesti ada je beberapa orang yang DM (direct message) dan cakap dia nampak Ainan tapi segan nak tegur.

“Dah kenapa korang? Ainan ok je kalau korang tegur-tegur, lagi rasa terharu ada la sebab ada juga yang perasan Ainan walaupun dan purdah, tapi ‘still’ orang boleh cam. Dan yang lagi terharu ada juga yang kenal Ainan sebab nampak Salsabiela or Ariff.

“Ramai yang kenal ‘family’ Ainan rupanya. Terharu sangat. Siap bagi doa yg baik-baik kat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yang baik-baik tersebut berbalik kepada kamu semua. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana,” tulisnya.

Ainan atau Ainan Tasneem Ridzuan mula berkongsi fotonya berniqab sejak Syawal tahun lalu.

Foto: Instagram Ainan Tasneem
#Penyanyi #Ainan Tasneem #Penyanyi #Purdah
;