Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

"Ainul Dah Buka Mata, Comel Sangat Dia" - Sudah Sedarkan Diri, Ini Wajah Terkini Ainul Mardhiah Selepas Pembedahan

Amri Hassan
11/06/2019 23:17 MYT
Khabar gembira dari kota London! Bayi sembilan bulan yang menderita ketumbuhan pada bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan semalam.

BACA: Tumor 200 Gram Dibuang, Dr. Amalina Kongsi Momen Sebak Selepas Pembedahan Adik Ainul

Berkongsi perkara berkenaan, kata ibu kepada Ainul, Nurul Erwani Zaidi menerusi akaun Instagramnya malam tadi (waktu Malaysia).

"London, 16:18 petang. Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia.

"Insya-Allah slow-slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu," tulisnya.

London, 16:18 petang. Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu? Love you Ainul❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on


Foto terbaharu keadaan Ainul selepas dibedah turut mendapat perhatian netizen yang bersama-sama melayangkan doa buat si cilik itu.

Nurul Erwani sebelum itu sempat menuliskan sebingkis ucapan apresiasi buat pihak yang sentiasa prihatin dan menghulurkan bantuan buat mereka sekeluarga.

"Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi.

"Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang.

"Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London.

"Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami.

"Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga," getusnya hiba.

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️ Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami? Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on


Pada 24 Mei lalu, Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya terbang ke London bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
#Viral #Viral #London #Ainul Mardhiah
;