Pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Nas-T mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia kepada filem tersebut.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nas-T melahirkan rasa syukur dengan kutipan Air Force yang kini mencecah RM27 juta.

“Alhamdulillah, kutipan setakat ini telah pun mencecah RM27 juta guys! Terima kasih rakyat Malaysia! Teruskan menonton dan sokong filem ini ok!” tulisnya.

A post shared by NAS-T?? (@nvst1)

Tidak hanya Nas-T, dua lagi pelakon utama Air Force iaitu Datuk Adi Putra dan Aiman Hakim juga turut merasakan perkara yang sama.

“Air Force The Movie: Selagi Bernyawa sudah mencecah kutipan RM27 juta! Teruskan memberi sokongan kepada filem ini!” tulis Adi.

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

“Tahniah. Alhamdullilah kepada seluruh tenaga kerja Air Force The Movie: Selagi bernyawa. RM27 juta setakat ini. Insya-Allah akan ditayangkan di Korea , Jepun dan Taiwan. Teruskan menyokong dan menonton filem tempatan kita okay!” coret Aiman.

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Sebelum ini, Air Force The Movie berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam sekarang.