Laman Utama

Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser? Ikuti Langkah Ini Untuk Elak Sebarang Risiko Berbahaya

gempak
Asyikin Mayudin
04/08/2023
11:49 MYT
Sponsor Banner
Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser? Ikuti Langkah Ini Untuk Elak Sebarang Risiko Berbahaya
Penggunaan air fryer sememangnya memudahkan lagi kerja menggoreng di dapur tanpa minyak selain dapat menjimatkan masa.
Tapi kalau tersilap langkah atau semberono, penggunaan alat elektrik itu boleh mengundang risiko kanser.
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang pakar perubatan iaitu Dr Mohd Izzar berkongsi cara penggunaan air fryer bagi menggelak risiko kanser.
#1.. Guna air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan kerana ia mengurangkan kalori sehingga 70 hingga 80 peratus dan lemak pun sikit saja.
#2. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.
Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser.
#3. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni. Dengan bertukar kepada masakan air tryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti.
Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.
#4. Aatu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).
#5. Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow.
Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang dimasak tu, lagi tinggila kandungan acrylamide.
Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan dan amalkan pemakanan seimbang serta tak perlulah minum air-air manis. Baru betul haa!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live