Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Ambulans Gara-Gara Ditolak 4 Hospital

Gempak
26/08/2024 00:25 MYT

Seorang wanita hamil, baru-baru ini, yang melahirkan anak di dalam ambulans selepas kemasukannya ditolak oleh empat hospital.

Hospital Reject

Hospital berkenaan memberi alasan kekurangan kakitangan perubatan atau katil di wad kecemasan, dedah pegawai penyelamat Korea Selatan pada Khamis.

Menurut Balai Bomba Jincheon di Wilayah Chungcheong Utara, wanita itu melahirkan anak di dalam ambulans, 1.31 pagi pada 15 Ogos lalu.

Kekurangan Doktor

The Korea Herald melaporkan pekerja penyelamat menghubungi empat hospital terdekat di Cheonan dan Cheongju, tetapi keempat-empat hospital berkata, ia tidak mempunyai doktor atau katil hospital yang mencukupi untuk menempatkan pesakit.

Air ketuban wanita itu pecah semasa petugas mencari hospital dan pekerja penyelamat memutuskan untuk bayi itu dilahirkan dalam ambulans di bawah bimbingan seorang profesional perubatan.

Kira-kira 20 minit kemudian, bayi itu selamat dilahirkan. Ibu dan bayi itu dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Pecahkan Cermin Ambulans Dengan Parang Kwan Tao Ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Ambulans Ini Disita Kerana Tak Renew Road Tax Selama 13 Tahun!

Sumber: The Straits Times

#hospital #Bayi #Beranak #Ambulans #Ditolak #Air Ketuban #Penuh #Lahirkan