Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

Asyraf Roslan
09/09/2024 10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.

Aina Abdul Sebak

Namun semasa sidang media konsert itu berlangsung, Aina kelihatan sebak dan menitiskan air matanya.

Ketika ditanya, pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu memaklumkan selama dia berkecimpung di dalam industri seni suara, satu perkara yang paling susah dalam perjalanan seninya adalah mengadakan sebuah konsert.

“Saya tak sangka yang saya akan breakdown macam ni.

“Bertahun saya di dalam industri satu benda yang saya belajar adalah untuk buat sebuah konsert ini sangat susah.


“Saya bagi tahu team saya, walaupun tahun ini sangat sukar, kita berhadapan dengan banyak rejection, Aina Abdul Entertaiment tetap akan berada disini untuk menjayakan konsert yang sudah lama kita rancang ini,” kata Aina semasa sidang media yang berlangsung di Imperial Lexis Kuala Lumpur pada Isnin.

Impian Aina

Aina juga memaklumkan untuk mempunyai konsert jelajah sendiri bukanlah niat untuk berlawan dengan sesiapa, namun pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani,30, dia mahu membuktikan bahawa dia boleh adakan konsert ini untuk dirinya sendiri.

“Salah satu impian saya adalah untuk adakan jelajah,kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat showcase atau konsert mereka sendiri.

“Jadi saya juga mahukan ini. Bukan niat saya untuk berlawan dengan sesiapa tapi saya nak buktikan kepada diri saya sendiri yang saya boleh lakukan dan satu hari nanti saya boleh cerita dekat anak cucu saya,” ujarnya.

Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu Universiti Malaysia Sarawak pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025)

Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone)

Bagi lokasi di Zepp KL pula harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box


Tiket untuk Aina Abdul Imaji Tour akan mula dijual bermula 10 September 2024 pada jam 10 Pagi di www.ticket2u.com.my.

Peminat juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.

Untuk pembeli tiket OKU, anda boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

#Konsert #Aina Abdul #Konsert Aina Abdul Imaji Tour