Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

“Air Mata Ayah Tumpah Selepas Pendakwa Raya Tunjuk Gambar Yang Diambil Forensik...”- Perkongsian Adik Allahyarham Zulfarhan Undang Sebak

Fiza Kamarudin 02/02/2018 | 15:52 MYT
Baru-baru ini adik kepada pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah berkongsi mengenai perbicaraan kes bunuh abangnya itu di InstaStory.
Perkongsian adik Allahyarham yang dikenali sebagai Zulhelmie Idros itu turut menjadi tular dan dikongsi pengguna laman sosial.
Sangat menyentuh perasaan apabila Zulhelmie menulis, air mata ayahnya tumpah saat pendakwa raya menunjukkan gambar Allahyarham yang diambil pihak forensik.
Kata Zulhelmie, suasana di dalam mahkamah turut bertukar pilu dan ramai yang mengalirkan air mata.
Kami sendiri sebak membaca perkongsian Zulhelmie ini:
“Jam 9 pagi, OKT 1 hingga 6 (302 kanun keseksaan) yang bergari telah dimasukkan ke dalam kandang pesalah dan baki 13 OKT (330 kanun keseksaan) disebutkan nama dan duduk mengikut senarai nama yang telah ditetapkan.
“LOC berbunyi dan hakim masuk ke dalam, suasana menjadi senyap dan geram dengan semua OKT tapi angah tenang dan watlek je.
“Setelah selesai, kesemua nama OKT disebut bermulalah prosedur perbicaraan. Peguam bela dan pendakwa mula berbincang tentang anak guam masing-masing sambil diperhatikan oleh tuan hakim.
“Masing-masing cuba untuk fokus mendengar apa yang akan mereka katakan. Jam 10 pagi, beberapa saksi dipanggil untuk beri keterangan.
“2 orang anggota polis yang bertugas, medical assistant yang ambil Along di rumah, doktor yang rawat Along di unit kecemasan dan Ayah sendiri.
“Saksi pertama dan kedua anggota polis, disoal bertubi-tubi. Saksi ketiga, medical assistant ceritakan perkara sebenar keadaan Along masa diambil, dengan siapa, tanpa cakap banyak terus bagi bantuan segera dan bawa ke hospital.
“Saksi keempat adalah doktor di Hospital. Masa ini dah mula rasa sedih sebab dia cerita keadaan sebenar Along masa dirawat. Allahu.. mata angah memang dah berkaca dah masa ni, tahan sebak. Tapi tak boleh tahan, jatuh juga air mata.
“Saksi ni paling lama kena tanya, dekat satu jam. Alhamdulillah, doktor tu jawab dengan tenang dan mudah-mudahan cerita yang disampaikan betul agar kuatkan lagi bukti untuk kes Along.
“Saksi kelima, ayah sendiri. Pendakwa raya minta details butiran pasal keluarga semua. Ayah jadi saksi sebab nak buat pengecaman jenazah agar sama dengan gambar yang diambil oleh pihak forensik sama seperti yang ayah lihat.
“Selesai tanya soalan semua, tiba masa pendakwa raya tunjukkan gambar yang diambil forensik. Air mata ayah jatuh setelah melihat gambar yang ditunjukkan.
“Suasana dalam mahkamah jadi sedih dan pilu bila ramai yang turut mengalirkan air mata,” tulisnya.
Pada Mei lalu, lima penuntut UPNM, menggemparkan negara apabila didakwa membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.
Mangsa didapati didera dengan kejam sehingga mati.
[[BACA: Suspek Utama Bunuh Zulfarhan, Kawan Baik Sendiri?]]
[[BACA: Pembuli Zulfarhan Disiasat Di Bawah Seksyen 302, Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan]]
[[BACA: Zulfarhan Dipukul Sebab Bomoh Kata Dia Curi 'Laptop' - Rakan
#Viral #Viral #UPNM #Zulfarhan
;