HIBURAN
“Air Muka Garang, Tapi Rupanya...” – Pengurus Fattah Amin Kongsi Sifat Peribadi Bapa Amira Othman
Pengurus kepada pelakon Fattah Amin, yang dikenali sebagai Aca, berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan bapa kepada penyanyi Amira Othman.
Menerusi satu sesi siaran langsung, Aca berkata pada awalnya menyangkakan bahawa bapa Amira seorang yang garang kerana raut wajahnya yang tegas dan bermisai lebat.
undefined
Namun, tangapan itu berubah sebaik sahaja Aca berinteraksi dengan bapa Amira secara langsung.
"Air mukanya garang dengan misai dia... mulanya saya rasa kena ada ilmu yang penuh nak cakap dengan Uncle Othman ni.
"Kemudian saya pun salam dan kenalkan diri, rupanya dia sangat lembut, tak kena dengan wajahnya yang garang," katanya.
Menurut Aca, pujian yang diberikan bukanlah kerana individu tersebut merupakan bapa Amira, namun kerana keperibadiannya yang benar menyentuh hatinya.
"Bukan sebab bapa Amira saya puji, tetapi ciri-ciri seorang bapa membuatkan saya terkesan dengan kelembutannya apabila dia bercakap," katanya.
Bukan itu sahaja, Aca turut memuji keperibadian dua adik-beradik Amira yang lain iaitu Irfan dan Haikal, yang disifatkan sebagai sangat sopan dan beradab.
"Irfan dan adik Amira seorang lagi, namanya Haikal… dia baik sangat. Bila bersalaman dia pegang dada dan tunduk. Itulah cara ibu bapa mereka ajar," ujarnya lagi..