Laman Utama
Air Selangor Diiktiraf Sebagai ‘Public Water Agency Of The Year’! Tahniah!
Air Selangor mengumumkan memenangi anugerah di Global Water Awards 2020 dalam kategori Public Water Agency of the Year.
Berita gembira tersebut dikongsi Air Selangor menerusi platform media sosial Facebook, Instagram (IG) dan Twitter, pada Khamis.
“Kami berbesar hati ingin mengumumkan Air Selangor mendapat pengiktirafan di ‘Global Water Awards 2020’, menerusi kategori ‘Public Water Agency of the Year’.
“Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan atas pencapaian kami yang sangat baik dalam menyampaikan air bersih dan selamat kepada pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda dan akan terus berusaha memberikan pengalaman pelanggan terbaik kepada anda,” tulis Air Selangor seperti yang dipetik dalam hantaran terkini di IG.
Global Water Awards 2020 mengiktiraf kejayaan syarikat, teknologi, projek, tawaran dan kilang sepanjang tahun 2019.
Pengundian untuk anugerah tahun ini tamat pada bulan Mac 2020, dan Anugerah Air Global diumumkan setiap minggu dari bulan Julai hingga Oktober.
Global Water Awards diadakan setiap tahun mengiktiraf pencapaian terpenting dalam industri air di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Global Water Intelligence, anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian paling penting dalam industri air antarabangsa dalam beberapa kategori, dan memberi penghargaan kepada inisiatif dalam sektor air, air sisa dan penyulingan air.