gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Air Tangan Anaknya Yang Sangat Berbakat,” - Afdlin Shauki Pun Support Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Mya Amri
Mya Amri
01/03/2022
14:36 MYT
Sponsor Banner
“Air Tangan Anaknya Yang Sangat Berbakat,” - Afdlin Shauki Pun Support Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Selepas pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, kini legasi hebat itu diteruskan oleh anaknya, Amen Khalid.
Karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Bebuah Dua Kali telah mendapat sentuhan Amen.
Tidak dinafikan setiap karya Mamat Khalid pasti ada watak ikonik yang kekal di ingatan penonton.
Jadi sebagai salah seorang turut berada dalam industri yang sama, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Afdlin Shauki juga tidak ketinggalan memberikan semangat kepada Amen.
Menerusi akaun Facebook rasmi dan Instagram mililknya, Afdlin mengajak orang ramai untuk terus memberikan sokongan kepada penyambung legasi terhebat ini.
“Kesinambungan legasi Mamat Khalid! Air tangan anaknya yang sangat berbakat Amen Khalid. Mari kita sokong ramai-ramai,” tulisnya. Selain Afdlin, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak juga turut memberikan sokongan.
“Mari support Amen Khalid, anak arwah Mamat Khalid dalam Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di Astro First.
“Tarikh tayangan filem Amen ialah 3 Mac 2022, sama dengan tarikh tayangan BoBoiBoy Movie yang pertama pada 3 Mac 2016.
“Filem ini merupakan sentuhan terakhir Seniman ulung arwah Mamat Khalid dan disempurnakan oleh Amen Khalid.
“Semoga permulaan langkah Amen sebagai pengarah menemui kejayaan dan dapat meneruskan legasi arwah Mamat Khalid untuk menjadi pengarah yang hebat,” coretnya. BACA: Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Disempurnakan Amen Khaled
Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Afdlin Shauki
#mamat khalid
#Kampong Pisang
#Filem Astro Shaw
#Amen Khalid
#Allahyarham Mamat Khalid
#Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
#Karya Terakhir
#Arwah Mamat Khalid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement