Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu berkongsi ragam suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh yang terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.

Menerusi satu video pendek yang di akaun TikTok miliknya, Madammu memaklumkan suaminya sanggup membelikan beberapa botol mineral untuk dijadikan air mandian kerana tidak mahu anak mereka, Ahmad Kayden mandi dengan air paip.

Video itu merakamkan pembantunya sedang tekun mencampurkan air panas bersama beberapa botol air mineral ke dalam bekas mandian mandi untuk dijadikan air suam.

“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.

“Overkan papa dia.Mummy dulu mandi air telaga je! Begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak,”kongsi Madammu.
@madammmmu

Kasihnya bapa!

♬ Doaku Untukmu Sayang - Egus Rivilla

Bagaimanapun Madammu menerusi ruangan komen menjelaskan suaminya bertindak sedemikian kerana air di kampungnya berwarna kuning.

“Yang ini betul TP (suami) punya kerja sebab dia yang nampak warna air dalam tangki.

“Air tangki warna kuning sewaktu Madammu baru sampai di kampung,” jelasnya.




BACA: Suami Hadiahkan Kereta Mewah Sempena Bersalin, Ramai Minta Madammu Mengandung Lagi - Ini Jawapan Empunya Badan!


Terdahulu, Madammu dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan anak pertama pada 9 Jun lalu.