Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

Izwan Isa
Mei 29, 2022 22:50 MYT

Another day, another drama. Umum mengetahui yang selebriti media sosial, Aisar Khaled gemar mencetuskan kontroversi.

Sejak menjadikan platform media sosial sebagai platform utama berkongsi kandungan (content), pelbagai perkara dilakukan oleh Aisar, sehingga menyebabkan kekecohan dalam kalangan netizen.
Terbaharu, menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Aisar dilihat sedang merakamkan video terbaharu di tengah-tengah kesesakan ibu kota Kuala Lumpur.

@maderbell93 Siapa sdh nama dia ne? helo pulis helooo pulis ada btl tgh jalan #aisarkhaleed #fyp #fypシ #viral #viraltiktok #fypシ゚viral ♬ original sound - Vince Caluag
Bagaimanapun, ia menimbulkan tanda tanya netizen memandangkan keadaan jalan raya yang sesak dan kesanggupannya untuk berpura-pura jatuh demi content media sosial.
“Oh boleh pulak buat content tengah jalan raya! Ni ke nama dia influencer?” tulis pemilik video berkenaan.
Difahamkan, menerusi ruangan komen, seorang netizen memberitahu yang Aisar sedang membuat eksperimen sosial.
“Dia nak buat social experiment nak tengok siapa tolong mase dia jatuh. Tapi takda yang tolong,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta supaya netizen tidak terus berkongsi kelakuan Aisar di media sosial.
“Kenapa kamu promote dia, nanti semua tengok dia punya akau dan video… Astaga,” tulisnya.
Terdahulu, Aisar pernah teruk dikecam kerana dituduh cuba untuk meraih perhatian menerusi kandungan video dengan membuat rakaman dirinya menziarahi pusara arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
Bagaimanapun, Aisar telah mengakui silap dan memohon maaf atas kesalahannya itu.

#Aisar Khaled