VIRAL
Aisar Khaled Jumpa Jennifer Coppen Di Bali, Momen Peluk Kamari Sky Bikin Peminat Senang - “Bahagia Selalu Ya Kalian”
Pempengaruh popular, Aisar Khaled sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi momen bersama pelakon Jennifer Coppen, baru-baru ini.
Jumpa Jennifer Di Bali
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aisar memuat naik beberapa foto memaparkan dia berkunjung ke Bali untuk bertemu dengan Jennifer dan keluarga.
Lebih manis, anak perempuan Jennifer iaitu Kamari Sky turut mesra melayani Aisar.
Dalam perkongsian berbeza, Aisar turut memuat naik sebuah video dia memeluk mesra Kamari.
“Keluarga di Bali,” tulis Aisar bahagia.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadao perkongsian tersebut.
Ramai Senang Lihat Kemesraan Aisar & Jennifer
Rata-ratanya meluahkan rasa senang melihat kemesraan Aisar setiap kali berjumpa dengan Jennifer dan keluarga di Bali.
Malah, ada juga menyifatkan Aisar adalah ciri-ciri suami idaman wanita.
“Masha-Allah, persahabatan yang sangat indah. Semoga persahabatan kalian sampai ke Jannah yaa aamiin,” komen netizen.
“Suami idaman,” tulis netizen lain.
“Masha-Allah, bahagia selalu ya kalian @aisar_khaledd @jennifercoppenreal20 tetap saling support satu sama lain,” tulis netizen bahagia.
“Setidaknya kedatangannya Aisar sedikit mengubati kerinduan mereka sama papa Dali,” komen netizen lagi.
Untuk info, Jennifer mendirikan rumah tangga dengan Dali Wassink pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.