Viral
Aisar Khaled Terharu, 20,000 Peminat Sambut kedatangnya Di Aceh - “Aku Nak Menangis Ini…”
Kehadiran pempengaruh Aisar Khaled di Bandar Aceh, Indonesia baru-baru ini mencipta sejarah apabila difahamkan seramai 20,000 peminatnya menyambut dengan baik.
Sambutan luar biasa
Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh yang asal dari Malaysia itu meluahkan rasa sebak melihat sambutan yang luar biasa daripada peminat Indonesia.
“Aceh Indonesia dibanjiri lebih 20 ribu, aku mau menangis ini. Kota mana seterusnya?” kongsi Aisar.
Rata-rata netizen di ruang komen mengatakan Aisar lebih dihargai di negara jiran malah kehadirannya juga diterima seperti artis luar negara.
“Betullah orang cakap hidup ni kena berhijrah, kalau kat sini tak ada siapa yang pandang, mungkin kat tempat lain akan ada yang lebih menghargai.
“Mengalahkan Bruno Mars sudah si Aisar… Polis juga paling menang... menyala Aisar.
ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Justin Bieber Campur Angelina Jolie” - Tular Video Potong Rambut, Netizen Samakan Muka Aisar Khaled Dengan Artis Hollywood
ARTIKEL BERKAITAN: Gembira 'Subscriber' YouTube Cecah 1 Juta, Aisar Khaled Sedekah 1 Juta Rupiah Kepada Anak Yatim Di Indonesia
“Wakil rakyat dari Malaysia datang melawat Aceh… aku tumpang bangga wei,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menganggap Aisar disenangi ramai di sana disebabkan dirinya sudah bersedekah.
@aisarkhaledd Aceh Indonesia Di Banjiri Lebih 20 Ribu , Aku Mau Menangis Ini , Kota Mana Seterusnya ? #aceh #aisarsultanmalaysia #aisarkhaledd #indonesia ♬ оригинальный звук - ?ФУТАЖІ?
Must-Watch Video