Laman Utama

"Aisha Adalah Anak Kelima..." - Fasha Sandha Dedah Pernah Alami Dua Kali Keguguran

gempak
Asraf Aided
11/08/2020
10:26 MYT
Sponsor Banner
"Aisha Adalah Anak Kelima..." - Fasha Sandha Dedah Pernah Alami Dua Kali Keguguran
Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz menyambut kelahiran cahaya mata perempuan, Aisha Amaira pada Jumaat, 7 Ogos lalu.
Menerusi sebuah entri di Instagram hari ini, Fasha memaklumkan jumlah pengikutnya di laman sosial berkenaan telah mencecah lima juta pada hari Aisha dilahirkan.
Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada para pengikut yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan kepadanya.
"Pengikut ibu naik ke 5 juta hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah.
"Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu sejak dulu lagi.
"Nama saya Aisha Amira Mohd Aidil, yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya," tulis Fasha sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fasha juga mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
"Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah tau, lagi dua anak dah dalam syurga Allah, ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha, tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa.
"Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga," tulisnya lagi.
Fasha juga mengambil kesempatan menasihati kaum ibu yang mengalami nasib sama sepertinya agar tidak berputus asa.
"Kepada ibu-ibu yang pernah melalui nasib yang sama dengan saya, jangan putus asa, Allah adalah sebaik-baik perancang," tulisnya.
Assalamualaikum, . Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi.... Nama saya , AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya. ❤️ Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. . Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau... lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga. Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner. . Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. ❤️? @kam2u . Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night ?? Love, Aisha Amaira ❤️
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live