Laman Utama
"Aisha Adalah Anak Kelima..." - Fasha Sandha Dedah Pernah Alami Dua Kali Keguguran
Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz menyambut kelahiran cahaya mata perempuan, Aisha Amaira pada Jumaat, 7 Ogos lalu.
Menerusi sebuah entri di Instagram hari ini, Fasha memaklumkan jumlah pengikutnya di laman sosial berkenaan telah mencecah lima juta pada hari Aisha dilahirkan.
Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada para pengikut yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan kepadanya.
"Pengikut ibu naik ke 5 juta hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah.
"Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu sejak dulu lagi.
"Nama saya Aisha Amira Mohd Aidil, yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya," tulis Fasha sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fasha juga mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
"Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah tau, lagi dua anak dah dalam syurga Allah, ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha, tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa.
"Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga," tulisnya lagi.
Fasha juga mengambil kesempatan menasihati kaum ibu yang mengalami nasib sama sepertinya agar tidak berputus asa.
"Kepada ibu-ibu yang pernah melalui nasib yang sama dengan saya, jangan putus asa, Allah adalah sebaik-baik perancang," tulisnya.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.