Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Firdaus
26/04/2024 06:55 MYT
26/04/2024 06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial.
Tular Gara-Gara Parodi Leona
Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di YouTube.
“Sebenarnya saya berterima kasih kepada Leona, kerana selepas video yang dihasilkannya, jumlah tontonan video lagu Ketipak Ketipung Raya mencanak naik.
“Video muzik di YouTube meningkat daripada 3.5 juta kepada 4 juta tontonan. Pada saya, peningkatan itu agak pantas.
“Saya kemudian membuat video balas kepada Leona di TikTok. Bayangkan, video itupun berjaya memperoleh 7 juta tontonan dalam masa sehari.
“Mungkin orang suka Leona kerana personalitinya yang kelakar. Apa yang saya boleh simpulkan, warganet mahukan sesuatu yang lawak,” katanya.

Tak Tersinggung Dengan Leona
Aisha ditemui selepas sidang media The Hardest Singing Show yang berlangsung di The Gardens Theatre, The Gardens Mall Mid Valley City, Kuala Lumpur menafikan video balas yang dimuat naik sebelum ini kerana tersinggung dengan perbuatan Leona.
“Mungkin ada warganet yang salah sangka dan menganggap video yang saya buat untuk Leona kelihatan seperti melenting.
“Sebenarnya itu tidak benar, malah saya sangat menyukai parodi itu.
“Sama juga selepas persembahan saya di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, ramai yang buat parodi dan sangka yang saya akan terkesan.
“Tapi sebenarnya saya sangat gembira sebab ia memberi impak besar khususnya dari aspek pemasaran. Kalau ada sesiapa lagi nak buat parodi, silakan,” katanya.
Sementara itu, Aisha mengakui tidak menyangka lagu Ketipak Ketipung Raya berjaya mencipta fenomena di beberapa negara semasa sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Saya dan Aziz pernah muat naik cuplikan lagu ini tahun lalu. Jadi ada sedikit kerisauan sekiranya orang sudah lupa lagu ini. Alhamdulillah, tak sangka lagu ini boleh diterima bukan hanya di Malaysia malah Singapura, Brunei dan Indonesia.
“Ramai artis popular yang turut gunakan lagu ini dalam video mereka antaranya Mira Filzah, Dian Sastrowardoyo dan Luna Maya.
“Saya bersyukur kerana keberadaan media sosial membantu lagu ini untuk lebih dikenali. Jadi, kita kena bijak menggunakannya,” jelasnya.
Sekadar info, Aisha Retno bakal beraksi dalam program realiti terbaru terbitan Astro, The Hardest Singing Show yang bakal bermula bersiaran secara langsung selama 10 minggu bermula 12 May 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.
Selain Aisha, peserta yang berjaya disenarai pendekkan dalam program nyanyian ini antaranya Zizi Kirana, Putera Muhammad, Aepul Roza, Ayda Jebat, Kaka Azraff dan De Fam.
Peserta akan diadili oleh tiga juri tetap laitu Zizan Razak, Datuk Seri Rossa dan Edry Abdul Halim.
The Hardest Singing Show akan dihoskan oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad.BERITA TRENDING: “Aziz Harun Hanya Kawan Baik, Dalam Dompet Tak Ada Gambar Dia” - Aisha Retno

The Hardest Singing Show akan dihoskan oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad.