HIBURAN

Aisha Retno Lancar Album [Re.Hab], Luah Kisah Peribadi Dalam 'Jeda'

Asyraf Roslan 29/07/2025 | 15:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno kini melancarkan album studio pertama berjudul [Re.Hab].


Menurut Aisha, album [Re.Hab] menelan belanja yang agak tinggi dan mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan.

“Syukur Alhamdulillah kerana album ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Saya sangat gembira dan terharu. Secara keseluruhan, ia memang menelan belanja yang agak tinggi sepanjang saya bergelar penyanyi.

Namun saya okay saja kerana bersemangat hendak hasilkan album studio yang pertama, lagipun lagu-lagu dalam album ini saya nukilkan sendiri bersama collaborators lain. Buat lagu sendiri memang memberi kepuasan yang luar biasa tambahan lagi, saya juga terlibat dalam kerja- kerja producing album ini bersama adik saya, Radi,” katanya.

Mengulas lanjut, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, mengakui kisah penceritaan dalam lagu Jeda diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya sendiri.


Menurut penyanyi berdarah kacukan Malaysia dan Indonesia ini, setiap lagu dalam album berkenaan mempunyai rentetan baik dari segi penceritaan mahupun melodi.


“Selain lagu Tak Adil dan Jeda, lagu-lagu lain juga sedikit sebanyak ada yangbersangkut paut dengan perasaan yang saya pernah lalui sendiri. Seperti lagu O.R.B.I.T, ia adalah tentang rasa kita bermimpi ketika mencintai seseorang, lagu Lengkapilah Kita (Missing Peace) pula, tajuknya sudah jelas menggambarkanrasadalam hati ramai orang kerana sudah tentu kita mahu hidup berpasangan dan melengkapi antara satu sama lain.


“Sementara itu, lagu Titik Temu pula menceritakan tentang rasa tertanya-tanya samaada masih mungkin kita bertemu dengan orang yang sama atau orang yang barharuuntuk menjalin cinta,” jelasnya.

Fasa pertama album tersebut memuatkan lima buah lagu (secara digital) bermula dengan single pop rock yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini iaituTak Adil, diikuti dengan lagu pop etnik terbaharu, Jeda serta tiga buah lagi iaituO.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu (duet bersama Megat Fazly).

Album [Re.Hab] telah dilancaran di platform digital secara rasmi pada 25 Julai 2025.


Video muzik rasmi lagu Jeda juga sudah boleh ditonton di saluran YouTube AishaRetno. Video muzik (visualizer) untuk lagu O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu pula dijadualkan menemui pada Jumaat, 1 Ogos 2025.

#Album #Aisha Retno #Jeda