Aishah Beri Semangat Pada Nabila Razali – “It Is Not A Crime,Tak Ada Had Untuk Terus Mencuba”
Mya Amri
16/03/2021 01:00 MYT
16/03/2021 01:00 MYT
Penyanyi Aishah memberikan kata-kata positif dan semangat kepada Nabila Razali selepas insiden yang menimpanya ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada Ahad.
Aishah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga memohon agar netizen berhenti mengecam, mengutuk dan membuli Nabila secara siber.
“Berhemahlah dalam mengkritik seseorang. Cukup-cukuplah tu... Hari ini kita tak berapa pandai, tapi dengan usaha, segala kekurangan boleh diperbaiki.
“Dia menyanyi mungkin tak sampai pada piawaian sesetengah pihak, it is not a crime. Tak ada had untuk terus mencuba, peluang ke seratus, seribu waima sejuta pun.
“Proses pembelajaran tak pernah berhenti. Tak pernah sia-sia untuk mencuba dan mencuba. Tak berjaya kali ini tingkatkan usaha lagi.
“Kalau rasa tak boleh nak sampaikan lagu-lagu balada, carilah lagu yang bersesuaian dengan. suara, bakat dan keupayaan yang ada.
“Mencari 'niche' masing-masing itu penting. Yang diperlukan ialah usaha tuan punya badan, yang lain tak perlu buat dosa overtime,” tulisnya.
BACA: “I’m So Sorry…” – Nabila Razali Mohon Maaf Kepada Hael Husaini
Selain Aishah, pelakon Janna Nick juga turut tampil memberikan sokongan buat Nabila.
“Orang kuat bukanlah seseorang yang tidak menagis sebaliknya orang yang kuat adalah seseorang yang menangis dan mengalirkan air mata buat seketika, kemudian kembali bangkit untuk terus berlawan,” tulis Janna menerusi posting di ruangan IG Story miliknya.
Terdahulu, Nabila sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya selain kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.
BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35
Untuk rekod, Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposernya sendiri iaitu Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.
Walaubagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.
Bella sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

#Viral
#Trending
#Mohon Maaf
#Nabila Razali
#Aishah
#Anugerah Juara Lagu
#Peluang Kedua
#AJL35
#Kata-Kata Semangat