Penyanyi Aishah mengakui dia tidak sengaja menyekat akaun Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas separuh akhir muzik-muzik akhir tahun lalu.

Jelas Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, situasi itu terjadi memandangkan dia sendiri tidak mengetahui akaun berkenaan milik Siti.

"Hadoi hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur?

"Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni? Laaaa rupanya berpunca dari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi.

"Ok let me explain supaya uolls jangan membuat andaian tak tentu arah ok. Semasa Semi Finals lepas ada orang yang tag I ke IG adinda ku ini.

"Dan semasa panas tu kan, akak terbaca kecaman dalam akaun tu. So untuk meredakan hati yang sedih dikecam dicemuh dan macam-macam lagi I block.

"I tak perasan pun yang ini IG utama beliau. Kerana adindaku ini superstar, I jadi confuse pasal I tengok banyak betul IG yang ada nama beliau.

"Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahah commonlah there is life beyond social media.

"Elok je @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Siti," jelas Aishah menerusi posting di Instagram pada Rabu.

Kecoh di media sosial Twitter apabila ada segelintir peminat tegar yang membuat andaian bahawa kedua-dua penyanyi itu berdepan masalah apabila Siti tidak dapat menyeru nama Aishah di Instagram beliau.

Telahan netizen, hal itu ekoran akaun Siti telah disekat Aishah.

BACA: Siti Ucap 'All The Best' Untuk Finalis AJL35, Netizen Persoal Tak Tag Aishah & Spekulasi Tak Follow IG

Tambah Aishah lagi, dia beranggapan komunikasi langsung tanpa media sosial lebih utama dan menegaskan hubungan mereka tidak bermasalah.

"Uolls kena tau I ni old school, direct communication itu lebih penting dari akaun-akaun social media ini.

"Gambar ni hadiah fruit basket dari adindaku semasa AJL yang lalu. Baru hari ini dapat ucap terima kasih.



"Enjin vintage perlu masa rehat. So tak payah nak spekulasi benda bukan-bukan dan nak mulakan kecaman pulak. Tabayyun sebelum jump to conclusion.

"Lepas tu sampaikan di social media andaian uolls.Tengok-tengok tak betul...terus jatuh hukum fitnah haaaa selagi ada dalam akaun uolls selagi itulah dosa mengalir. So chill ok...lets move on," ujarnya.