Aishah Gembira Turun 21 Kg Selepas Menjalani Pembedahan

Syafiqah Jalal
Jun 27, 2018 04:19 MYT
Penyanyi Aishah bersyukur apabila dapat menurunkan berat badannya sehingga 21 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan Bariatric pada empat bulan lalu.
Aishah yang berkongsi mengenai perkembangan dirinya itu di Instagram (IG) turut memberitahu dia juga kehilangan 50 inci dari ukuran badannya.
Pun begitu, Aishah memberitahu apa yang penting baginya adalah kesihatannya kini yang bertambah baik.
Pelantun lagu Pulanglah itu bagaimanapun masih berusaha untuk menurunkan berat badannya lagi 19 kg untuk ke berat ideal.
Dalam entri tersebut, Aishah turut memuat naik foto yang menunjukkan badannya yang semakin langsing.
Rata-rata peminatnya turut gembira dengan perubahan penyanyi itu.
Tidak kurang juga yang berminat untuk melakukan pembedahan yang sama sepertinya.
Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Penyanyi #pembedahan #Kurus #Aishah