Penampilan terbaru penyanyi lejen, Datuk Aishah yang kelihatan semakin ‘kecil’ menerima pujian wargamaya.

Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok Xtra Malaysia, penyanyi bersuara emas itu menurunkan berat badannya sebagai persiapan kepada konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Ogos.

“Wah, dengar kata berat badan Datuk Aishah sekarang turun 47kg! Betul-betul persiapan sebelum konsert bulan depan ni, semoga dipermudahkan Kak Aishah,” tulisnya pada kapsyen.

Sebelum ini, penyanyi itu berhasrat ingin memiliki berat badan ideal dan berjaya menurunkan berat badannya dari 110kg kepada 79kg tahun lalu.

Menerusi perubahan yang jelas berlaku kepada penyanyi lagu Janji Manismu itu, ramai wargamaya yang meluahkan rasa gembira di ruangan balas.

“Wah lawanya idola saya, suka sangat tengok Aishah yang sekarang.

Sekadar info, Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik pada awal 2018 kerana khuatir dengan pertambahan pada berat badannya.

“Alhamdulillah semakin kelihatan cantik dan ayu.

“Cantiknya kak Aishah, terus nampak muda,” antara komen wargamaya.

Sekadar info, Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik pada awal 2018 kerana khuatir dengan pertambahan pada berat badannya.

Aishah bakal muncul menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada 6 Ogos ini.
Konsert yang turut diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) itu akan membawa peminat beliau menyusuri perjalanan seni bersama untaian lagu-lagu malar segar seperti Seloka Rindu, FatwaPujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.

Tiket boleh dibeli di sini - Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous. Setakat ini, tiket untuk C Reserve (RM 255) telah habis dijual.

Layari laman web www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok).

@xtra_my

Wah ?? dengar kata berat badan Datuk Aishah sekarang 47kg jer! Betul2 persiapan sebelum konsert bulan depan ni ?? Semoga dipermudah Kak Aisyah??##fyp ##xtramy ##trendingnewsmalaysia ##aishah ##janjimanismu ##sembangentertainment ##tontonmy ##beritaditiktok @aishahjmm @malaysianphilharmonic

♬ original sound - XTRA