Aishah Hilang 47kg Berat Badan Demi Konsert? Netizen – “Semakin Kelihatan Cantik & Ayu”
Penampilan terbaru penyanyi lejen, Datuk Aishah yang kelihatan semakin ‘kecil’ menerima pujian wargamaya.
Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok Xtra Malaysia, penyanyi bersuara emas itu menurunkan berat badannya sebagai persiapan kepada konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Ogos.
“Wah, dengar kata berat badan Datuk Aishah sekarang turun 47kg! Betul-betul persiapan sebelum konsert bulan depan ni, semoga dipermudahkan Kak Aishah,” tulisnya pada kapsyen.
Sebelum ini, penyanyi itu berhasrat ingin memiliki berat badan ideal dan berjaya menurunkan berat badannya dari 110kg kepada 79kg tahun lalu.
Menerusi perubahan yang jelas berlaku kepada penyanyi lagu Janji Manismu itu, ramai wargamaya yang meluahkan rasa gembira di ruangan balas.
“Wah lawanya idola saya, suka sangat tengok Aishah yang sekarang.
“Alhamdulillah semakin kelihatan cantik dan ayu.
“Cantiknya kak Aishah, terus nampak muda,” antara komen wargamaya.
Tiket boleh dibeli di sini - Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous. Setakat ini, tiket untuk C Reserve (RM 255) telah habis dijual.
Layari laman web www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok).