Berita
Aishah Tak Suka Sesi Fotografi, Lebih Rela…
Penyanyi Aishah mendedahkan sepanjang perjalanan seninya perkara paling dia tidak gemar lakukan adalah sesi fotografi.
Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 55, dia lebih rela melakukan latihan nyanyian sehingga berjam lamanya daripada menjalani sesi fotografi.
“Perghhhhh penat giler posing sini posing sana. Sepanjang perjalanan seni saya,dalam banyak-banyak perkara yang saya paling liat nak buat dan malas adalah sesi fotografi.
“Saya lebih rela praktis nyanyi berjam lamanya ,even interview pun ok tapi tang ambik gambar ni fail. Anyway,kita harung jugalah.Tengok muka penat ni…,” katanya.
Penyanyi lagu Pulanglah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya selepas sesi fotografi tersebut.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tertumpu kepada solekan di wajahnya yang kelihatan sangat segar dan cantik meskipun dalam kepenatan.
“Cantik kak aishah ni mmg awet muda..
“Lawalah makeup akak.
“Sekarang lagi lawa lah kak,” komen antara pengikutnya.
Aishah sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak lebih 20 tahun yang lalu.