Aishwarya Rai Alih Suara Maleficent Angelina Jolie Ke Bahasa Hindi
Amri Hassan
04/10/2019 00:00 MYT
04/10/2019 00:00 MYT
Sejak bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai mengumumkan bakal meminjamkan suaranya untuk mengalih bahasa filem Maleficent: Mistress Of Evil, peminat bukan main teruja lagi.
Apatah lagi baru-baru ini Aishwarya telah berkongsi sedikit sedutan filem Disney Universe itu di akaun Instagramnya.
"Maleficent. Gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Disney," tulisnya pada kapsyen video terbabit.
Dalam video teaser berkenaan, Miss World 1994 itu memakai persalinan hitam untuk beberapa babak promosi lakonan asal Angelina Jolie filem sekuel itu.
Pemilihan Aishwarya sebelum ini dikatakan bersesuaian dengan pesona, elegan dan keanggunannya untuk karakter fantasi itu.
Meninjau ruangan komen akaun Instagram aktres Hum Dil De Chuke Sanam itu, rata-rata sudah tidak sabar dan sangat berpuas hati dengan pemilihannya untuk mengalih bahasa karakter ikonik itu.
Malah, ada juga yang menyarankan agar Aishwarya diberikan watak khas bersama Angelina seandainya filem itu mempunyai sambungan pada masa akan datang.
"Kenapa suara sahaja? Dia sepatutnya berlakon sekali dalam filem ini," tulis salah seorang pengguna.
"Harap-harapnya bolehlah nanti melihat Aishwarya berlakon sebagai watak utama di Hollywood," tambah pengguna lain.
"Saya sukakan Angelina tetapi lebih suka Aishwarya melakonkan watak ini. Dia kelihatan lebih menawan," tulis pengguna lain pula.
Maleficent: Mistress Of Evil akan mula ditayangkan pada 18 Oktober ini dalam bahasa Inggeris dan Hindi.
Selain Angelina, filem itu turut dibarisi Elle Fanning, Sam Riley, Imelda Staunton, Juno Temple dan Lesley Manville.