Hiburan

Aishwarya Rai Dedah Faktor Tidak Membintangi Kuch Kuch Hota Hai

gempak
Ahmad Shah
29/06/2016
05:05 MYT
Sponsor Banner
Aishwarya Rai Dedah Faktor Tidak Membintangi Kuch Kuch Hota Hai
Aktres Bollywood, Aishwarya Rai mendedahkan kepada umum mengapa terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) dan Kabhie Kushi Kabhie Gham (KKKG).
Menurut bekas Ratu Cantik Dunia 2014 itu, dia tidak dapat membintangi KKHH dan KKKG kerana terikat dengan kontrak filem lain ketika itu.
“Saya tidak dapat membintangi KKHH kerana sibuk dengan filem Aa Ab Laut Chalen yang menjalani penggambaran selama 40 hari di Amerika Syarikat. Saya adalah peminat tegar karya-karya Karan Johar dan sangat mengimpikan untuk bekerjasama dengan dia tetapi tidak kesampaian,” jelas Aishwarya Rai.
Malah isteri kepada Abhishek Bachchan turut mendedahkan Karan Johar sanggup menulis naskah terbaru Kabhie Kushi Kabhie Gham khas untuk dirinya namun masih gagal untuk mendapatkan khidmat Aishwarya Rai.
“Dia menulis KKKG dan sempat berkongsi mengenai semua karakter utama filem tersebut. Tapi kami masih tidak dapat bekerjasama. Saya hampir membintangi filem arahan selepas itu tetapi projek tersebut terpaksa dibatalkan.
“Apa yang lebih mengejutkan hampir semua karya terbarunya, Karan Johar pasti akan berkongsi dengan saya dan sudah menganggap dia sebahagian daripada ahli keluarga rapat kami sebenarnya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live