Aishwarya Rai Raih 2.5 Juta Follower, Selepas Seminggu Buka Akaun Instagram

Rozaimi Zubaidi
Mei 17, 2018 05:34 MYT
Pelakon terkenal Bollywood Aishwarya Rai mendapat jumlah pengikut mencecah 2.5 Juta selepas lima hari membuka akaun Instagram.
Aishwarya Rai akhirnya membuka akaun Instagram miliknya sendiri dengan menggunakan nama @aishwaryaraibachchan_arb.
Menurut laporan Bollywoodlife.com, akaun tersebut merupakan akaun rasmi Aishwarya Rai dan perkara itu disahkan sendiri oleh pengrusnya.
"Pengurusan artres itu mengesahkan bahawa ia adalah akaun rasmi, biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Instagram.
"Akaun tersebut dibuat sempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu," kata sumber.
Sehingga kini Aishwarya Rai telah memuat naik sebanyak 30 gambar.
Sumber: Bollywoodlife.com
Susunan: Rozaimi Zubaidi
#Aishwarya Rai #Pelakon Bollywood