Hiburan
Aizat Amdan Kongsi Tips Untuk Kekal Kurus Tanpa Perlu Diet
Penyanyi Aizat Amdan akui sehingga dia masih berusaha untuk mengekalkan bentuk badannya supaya sentiasa dalam keadaan fit.
Aizat Amdan berkata bukan mudah untuk mengekalkan berat badannya kerana tubuhnya sering mengalami perubahan metabolisme.
"Saya akui dalam satu tempoh masa saya agak susah untuk kekalkan berat badan saya kerana ia senang sahaja naik.
"Sebelum ini rutin saya setiap hari adalah jogging selama setengah jam tetapi kini ia tidak memberi apa-apa kesan kepada tubuh saya.
"Jadi saya perlu tukar cara senaman yang lebih berat supaya tubuh saya boleh bertindak balas dan metabolisme saya kembali tinggi," katanya kepada Astro Gempak.
Sebelum ini, Aizat pernah berbadan besar dan beratnya mencecah sehingga 112kilogram (kg) tetapi kini dia sudah berjaya menurunkan berat badannya ke 65kg.
Aizat memberitahu untuk mengekalkan berat badannya sekarang dia bertukar kepada senaman Muay Thai tanpa perlu mengawal pemakanannya.
"Sejak lima bulan lalu saya cuba aktif dengan melakukan Muay Thai. Bila lakukan Muay Thai selama dua jam badan saya mula rasa menggeletar dan itu menandakan ia bertindak balas.
"Meskipun masih berjogging tetapi dalam seminggu saya perlu melakukan tiga kali Muay Thai selama dua jam.
"Itu sahaja yang saya lakukan untuk mengekalkan tubuh badan saya.
"Saya boleh makan apa sahaja jika saya teruskan dengan Muay Thai tanpa perlu diet," katanya lagi.
Mengenai perkembangan seninya, Aizat baru sahaja muncul dengan single Jangan Menangis yang dicipta bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video