Sejak Mei lalu, komposer dan penyanyi Faizal Maas atau lebih sinonim dengan panggilan Ajai telah memulakan pencarian bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian di sekitar Kuala Lumpur menerusi kempen #MpopbyAjai.
Ujibakat tersebut dilakukan bagi mencari mereka yang benar-benar berbakat untuk direalisasikan impian bagi bergelar artis rakaman.
Melihat pada idea tersebut, syarikat D Superstar Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak berkolaborasi dengan Ajai bagi mencungkil bakat-bakat seumpamanya di Bumi Kenyalang menerusi program Dataran Superstars.
Sejak dimulakan, sesi ujibakat bagi Dataran Superstars telah dijalankan di beberapa buah daerah di Sarawak iaitu Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching.
“Saya sangat teruja nak ke Sarawak semula. Sudah dua tahun saya tak berjumpa dan melakukan uji bakat di sana. Kali terakhir bersama sebuah stesen televisyen untuk satu program realiti. Saya percaya dalam tempoh dua tahun kita terperap di rumah, ramai remaja yang dah meningkat usia yang lebih matang akan muncul ke sesi uji bakat ini.
“Tujuan Dataran Superstar dihidupkan ialah untuk mencari pelapis baru bagi generasi yang sedia ada. Dalam pengalaman saya, ramai anak-anak muda yang sangat berbakat yang ada di Sarawak. Lihat saja resultnya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Bob dan ramai lagi.
“Inilah saat yang paling sesuai untuk mencari dan memanggil mereka. Saya pasti anak-anak muda di Sarawak juga dahagakan platform yang sebegini,” katanya.
Dua lagi sesi bakal diadakan pada 2 dan 3 Julai ini masing-masing bertempat di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman dan Summar Mall, Kota Samarahan, Sarawak. Kedua-dua sesi ujibakat bermula pada pukul 10 pagi.
Penyertaan adalah percuma, mereka yang terbaik akan ditapis untuk ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir dan peringkat akhir. Hadiah-hadiah lumayan juga disediakan oleh pihak penganjur seperti wang tunai dan juga peluang menjadi artis rakaman atau rakaman lagu bersama Ajai.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman Instagram Ajai.
Izwan Isa
Thu Jun 30 2022


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - OOD
boleh pulak dia order upside down.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - ARTEH
Amboii abg ropie mengkome !! Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - HIGHLIGHT
Fuh makin banyak minggu makin hebat semua !

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - NGAM
Ngam tak ngam diorang ni? Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

Kapal Layar Mewah RM200 Juta Kejutkan Warga Kuala Perlis
Wow, bentuk macam kapal angkasa!

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Macam-macam kena tuduh!

Murder By Moonlight: Kenapa Dr Sangeetha Bertanggungjawab Atas Kematian Tuan Osman?
Dr Sangeetha suspek utama pembunuhan Tuan Osman?

MLS3: “Perkataan Kecaman Memang Netizen”- Isu Juri Terasa, Beby Acha Mohon Maaf, Tak Mahu Datuk Awie Salah Faham
Beby Acha mohon maaf tak mahu Datuk Awie salah faham.

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
_2.png?ext=.png)
“Bila Cuaca Terlalu Sejuk, Suara Jadi Sengau” - Jaclyn Victor 3 Kali Masuk Studio, Ada Allergik…
Mencabar juga rakaman lagu Perempuan Jaclyn