,
Hiburan

Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”

Mya Amri
12/07/2024
02:00 MYT
Komposer dan penyanyi, Ajai, 49, menolak dakwaan bahawa sahabatnya yang juga merupakan anggota kumpulan Exists iaitu Mamat berkali-kali terjebak dengan gejala dadah disebabkan tersalah memilih kawan dan juga faktor sekeliling.

Pucuk pangkal hati sendiri

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, percaya bahawa kesilapan itu datangnya daripada diri sendiri dan setiap kekhilafan itu bukan dipengaruhi oleh mana-mana individu lain.

“Sebenarnya ia terletak pada hati Mamat sendiri. Apa yang jadi bukan fasal salah orang lain. Ia berlaku kerana hati sendiri. Hati sendiri yang ‘on off’ benda itu.

“Kalau ada orang bagi (benda salah) dan hati kamu tak nak, tak jadi juga benda itu. Jadi, pucuk pangkalnya hati sendiri,” ujarnya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia bertempat di The Bee, Publika pada Khamis.

Tak salahkan orang lain

Tambah Ajai lagi, sebagai seorang sahabat dia juga tidak menyalahkan orang di sekeliling Mamat terutama Musa kerana tahu rakan mereka itu sudah mencuba sedaya upaya untuk membantu penyanyi tersebut.

“Saya tak akan salahkan orang di sekeliling Mamat. Cuma mungkin ketika Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Mamat lebih baik keluar daripada kampung, saya percaya tidak memaksudkannya.

“Mungkin dia begitu hampa dan kecewa sebab selama ini Exists banyak sokong Mamat. Tapi bila dia balik (kampung) saja, dia akan kena tangkap.
“Sebab bila Mamat di Kuala Lumpur bersama kami, dia okey sahaja. Mungkin itulah maksud Musa.
“Bukanlah dia salahkan orang kampung. Sebab itu saya cakap tadi, pucuk pangkalnya Mamat itu sendiri. Orang lain nasihat pun tak guna kalau kamu masih tak ada pendirian untuk berhenti,” jelasnya.

Exists juga membantu Mamat

Sementara itu, ketika ditanya sama ada anggota-anggota Exists termasuk dirinya ada membantu Mamat, Ajai berkata, sebagai rakan mereka semua telah memainkan peranan.

“Sebenarnya kami selalu cuba membantu dia untuk berubah dan kalau kalian tengok sekarang, muka dia dah fresh.

“Dan sebenarnya kes dia ini bukanlah satu kes yang baru cuma ia ditunda sebab ada banyak konsert Exist sebelum ini.
“Sehinggalah selepas selesai konsert orkestra tempoh hari, barulah Mamat selesaikan kes mahkamah dia ini.
“Sekarang ini Mamat perlu berehat selama enam bulan dan selepas itu baru dia boleh sertai kami semula. Pintu selalu terbuka untuk dia,”katanya.

Dedah perangai Mamat

Dalam pada itu, Ajai meminta semua pihak terus mendoakan Mamat supaya cekal berjuang memperbaiki diri dan pulih daripada najis dadah.
“Kita sama-sama doa agar Allah berikan hidayah supaya dia sedar dan tinggalkan benda itu (dadah) dengan sebetulnya.
“Dia seorang yang sangat bagus dalam memberi komitmen. Dia sangat bagus sebab bila dengan kami, dia sangat berdisipilin. Dia tahu kerjaya dia, selalu datang latihan dan ‘rehearsal’. Tapi kami faham ‘temperature’ dia akan berubah-ubah, kita doakan dia,”katanya.
Terdahulu, ahli kumpulan Exists, Musa memaklumkan terdapat seorang peguam menyarankan penyanyi tersebut keluar dari kampungnya supaya kawan-kawan lamanya tidak mencarinya lagi.
Menurut Musa, sangat sukar untuk Mamat pulih kerana ‘kawan-kawan lamanya’ datang mencari di saat dia mula bersedia untuk berubah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

gempak
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."

gempak
27/08/2024
09:25 MYT
Meskipun berkali-kali terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah, kumpulan Exist mengakui tidak pernah serik untuk bekerjasama dengan Mamat.
Hiburan

Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

gempak
22/08/2024
04:49 MYT
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam penjara apabila dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan dadah oleh Mahkamah Tinggi.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.