"Ajai, Hafiz & ..." - Ini 5 Topik Trending Dari Konsert Pertama Big Stage 2020

Amri Hassan
Ogos 16, 2020 22:45 MYT
Baru membuka semula pentas Big Stage musim ketiga malam tadi, konsert BBNU itu menjadi buah mulut ramai dalam kalangan pengguna media sosial.
Beberapa hashtag selain #BigStage2020 antara yang trending sejak bersiaran seawal pukul 9 malam tadi.
#Ajai dan #Hafiz antara dua topik yang trending daripada konsert pertama Big Stage 2020.
Ajai buat pertama kalinya dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 dan pertama kali dalam sejarah penganjuran rancangan realiti juri hanya memberikan markah minimum 2 peratus kepada peserta yang bertanding.
Menerusi persembahan lagu Fly Me To The Moon (Frank Sinatra) doktor gigi viral, Dr. Hafiz Zainal, Ajai nyata tidak berpuas hati dengan nyanyian jejaka tinggi lampai itu lantas memberikan kritikan yang kurang disenangi ramai.
"Saya tak perlu berikan markah untuk nyanyian anda kerana dari awal sampai habis nyanyian anda sumbang.
"Lepas ni anda perlu peka, bila sumbang jangan teruskan. Biar diam pun tak apa. Atau buat-buat pengsan pun lagi best" kata Ajai.
Sehubungan dengan komen itu juga, netizen mula hangat memperkatakan tentang personaliti dan identiti Dr. Hafiz.

So ajai is trending because of the 2 marks given to dr hafiz and then i saw this ig comment its so funny i can't stop laughing? pic.twitter.com/V0woU5tGox

— sya (@nurlisyx) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Panggil lah Hafiz , ni ter "doc" "doc" , sumpah annoying. How come bagi markah 2 out of 100. Unacceptable #BigStage2020

— Iam.shahir?? (@ohhshahir) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, nama Ernie Zakri turut menjadi bualan netizen yang mengungkit semula kisah kegagalan penyanyi wanita itu untuk memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Ku Bersuara pada Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

Choosing Ajai as one of the judge on singing competition is a big mistake. Remember what he did to Ernie Zakri? Don't want banana to fruit two time! #BigStage2020

— Sam Yong (@SamFrazad) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Imuniti juga antara topik trending wargamaya di media sosial.
Mengimbas kembali pada penghujung konsert minggu pertama malam tadi, ketiga-tiga juri tetap, Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir hampir-hampir menggunakan salah satu daripada dua imuniti musim ini.

Wow tahniah produksi #BigStage2020 trending n mcm2 perkara menarik utk netizen bualkan, tp nasib baik jury tak pakai imunity td - #tiaporangadahakuntukbersuara #tiaporangadahakuntukmendengar #tiaporangadahakuntukdidengari #tiaporangadahakuntukdiadilidanmemgadili

— Zarul Umbrella (@ZarulUmbrella) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelbagai pendapat dan hujah dilontarkan pengguna alam maya sepanjang rancangan itu berlangsung lebih dari 3 jam itu.
Terbukti biarpun Big Stage 2020 diadakan dalam norma baharu, jenama rancangan itu semakin kukuh dan menjadi pilihan ramai penonton ketika hujung minggu!
Jadi, jangan lupa teruskan undian bintang kesayangan anda di www.gempak.com/bigstage.
Big Stage 2020 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Ajai #Hafiz #Big Stage 2020