HIBURAN

Ajai Puji Keperibadian & Bakat Amira Othman - “Saya Suka Artis Yang Memberikan…”

Asyraf Roslan 12/08/2025 | 03:55 MYT
Komposer, Ajai memuji keperibadian penyanyi Amira Othman selepas mereka berkolaborasi menghasilkan sebuah lagu baharu, baru-baru ini.

Menurut Ajai atau nama lengkapnya Mohamad Faizal Maas, 50, Amira bukan sahaja merupakan seorang artis yang berbakat malah dia juga memiliki sikap sopan dan mudah bekerjasama.


"Saya bekerjasama bersama dengan dia untuk pembikinan OST bagi sebuah drama dan berdasarkan drama itu saya hasilkan naskhah untuk dia. Mudah bekerjasama dengan Amira, bagus budaknya. Sopan dan sangat 'soft spoken'.

“Dia begitu menghormati seni, saya suka artis yang memberikan pendapat bukannya datang dan menyerahkan segalanya kepada komposer semata-mata. Dia juga ada ilmu tentang nota-nota muzik, bermakna dia bukan 'kosong' dalam bidang muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Ajai turut memuji kemampuan vokal Amira yang disifatkan ‘easy listening’ dan mempunyai nada yang memikat.

“Saya meminati suara dia. Bagi saya, ini bukan soal tinggi atau rendah tetapi nada yang sedap didengar.

“ Dia cuma tunggu masa untuk spark. Range dia pun sesuai dan menyenangkan telinga,” ujarnya.

#Amira Othman #Ajai #Bakat