Ajai Sahut Cabaran Hazama & Black...Mahu Kembalikan Bentuk Tubuh Sasa!
Asraf Aided
20/11/2020 11:45 MYT
20/11/2020 11:45 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai menyahut cabaran dua rakan industrinya, Hazama dan Black untuk masing-masing berusaha mendapatkan susuk tubuh menarik.
Menerusi Instagram, Ajai berkongsi beberapa foto lamanya ketika aktif bersenam di gimnasium dan ototnya masih kelihatan dengan jelas.
Menurut Ajai, meskipun usianya kini memasuki 45 tahun, perkara itu tidak menghalang semangatnya untuk mengembalikan bentuk badan berotot seperti dahulu.
"@mrhazama1 @black.hanifah dah berazam nak ketulkan badan dan cabar balik saya, suruh saya 'ketulkan juga badan saya' macam dulu katanya.
"Cabaran diterima walaupun umur dah 45, anyway it is just a number, kita start workout balik," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai pengikut Ajai di ruangan komen, rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memberi sokongan kepadanya.