Laman Utama

Ajak Isteri Ikut Pergi Kerja, Yusuf Bahrin Akui Zizi Kirana 'Cemburu' - "Biasa Lah, Perempuan Memang Begitu…"

gempak
Shahrin Zulkifle
28/10/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
Ajak Isteri Ikut Pergi Kerja, Yusuf Bahrin Akui Zizi Kirana 'Cemburu' - "Biasa Lah, Perempuan Memang Begitu…"
Sering dilihat bawa isteri bersama ke lokasi set penggambaran, pelakon Yusuf Bahrin mengakui isterinya, Zizi Kirana seorang yang cemburu.
Namun, jelas Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 30, mengakui bersyukur kerana perasaan cemburu tersebut adalah tidak berlebih-lebih, sebaliknya dia menganggap itu adalah fitrah semula jadi seorang wanita.
“Sejak berkahwin, saya memang ajak isteri untuk ikut pergi kerja kalau dia cuti atau tiada hal untuk diuruskan.
“Tujuannya bukan sebab dia tak percaya saya sehingga bawa dia pergi set penggambaran, tapi dia seorang di rumah, jadi tidak la dia bosan.
“Soal isu cemburu, saya rasa bersyukur sebab tidak sampai tahap yang bukan-bukan. Tapi biasa lah, sikap seorang perempuan memang begitu lebih-lebih lagi dia seorang isteri, dia akan merasa lain kalau saya mesra dengan orang lain.
“Saya sebagai suami pula perlu terangkan perkara sebenar dan saya pasti dia pun faham. Cuma perasaan cemburu itu adalah perkara normal, kalau tiada perasaan cemburu maknanya tak normal,” katanya.
Yusuf ditemui ketika sesi majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Jesnita yang berlangsung di TGV, Sunway Velocity Mall pada Khamis.
Dalam pada itu, Yusuf berkata dia sering mengingatkan isterinya untuk tidak berasa cemburu berlebih-lebihan kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah di antara mereka.
“Apa-apa pun cemburu ini ada bagus sebenarnya. Cemburu tandanya sayang, tetapi kalau cemburu itu terlebih akan menjadi sesuatu yang tidak bagus.
“Saya akan sentiasa ingatkan dia, kalau cemburu tiada masalah, tapi tidak melebih sebab dikhuatiri memberi masalah dalam hubungan kami. Setakat ini Alhamdulillah semua ok,” ujarnya.
Selain Yusuf, drama Jesnita yang diterbitkan Zeel Production itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Malek McCrone, Rozita Che Wan, Fikri Ibrahim dan ramai lagi.
Sinopsis:
Jesnita merupakan seorang wanita yang mempergunakan waris perniagaan kaya, Zaid untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya dan senang-lenang. Apabila suaminya di ambang muflis, Jesnita yang terdesak mengalihkan perhatiannya kepada Rafael, rakan niaga Zaid. Perkahwinan Jesnita dengan Rafael yang sepatutnya menjadi kemenangan dicemari dengan kejutan bahawa dia merupakan isteri kedua. Kehidupan baharunya juga tidak aman apabila bekas ibu mentuanya kini berikrar untuk memusnahkan hidupnya sebagai balasan atas kesalahannya terhadap Zaid.
‘Jesnita’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 November 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live