Hiburan
Ajak Shiro Terkejut Terima Kejutan Hari Lahir Semasa Program 'Live'
Pengacara dan pelawak, Ajak Shiro telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam (6 Januari).
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Ajak telah mendapat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya ketika mengacara program Melodi bersama pelakon terkenal, Erra Fazira.
"Dah tetua gini segan kena peranjat peranjat cenggini..Apepon terima kasih semua yang mendoakan.
"Semoga yang baik-baik untuk kita di tahun 2019 ni," tulisnya sebagai kapsyen.
Isteri Ajak, Afifah Amin bersama tiga orang anak mereka, Mohd Jad Thaqif, Mohd Had Thaqif dan Nada Soffea turut hadir ketika program itu berlangsung untuk meraikan detik istimewa.
Situasi itu menyebabkan Ajak kelihatan terkejut dan terkedu melihat kehadiran ahli keluarganya.
Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Ajak.
Sekadar info, Ajak kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.