Pelawak Ajak Shiro terkejut sebaik sahaja membuka bonet keretanya dan melihat hadiah yang diberikan oleh isteri kesayangannya, Afifah Amin.
Hadiah tersebut diberikan oleh Afifah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Niat Afifah untuk memberikan kejutan kepada suaminya berjaya apabila Ajak tergamam selepas membuka kotak hadiah tersebut dan melihat sepasang kasut Air Jordan berwarna hitam.
Gembira melihat reaksi Ajak, Afifah kemudiannya mengucapkan perkataan ‘Happy Aniversary sayang’, sebelum mencium pipi suaminya.
Video tersebut dikongsi Afifah menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam (Selasa) beserta coretan menyentuh hati:
“Kadang-kadang kita tidak perlu harap dia akan ingat tapi kita buat apa yang akan dia ingat kat kita.. Bohonglah dalam rumahtangga tiada pasang surutnya.. Bohonglah dalam rumahtangga sweet selalu.
“Selama baba menjadi Ajakshiro.. Orang kenal baba sebagai Ajakshiro, Tapi,ibu kenal baba sebagai Hanaffi Razak.. Susah senang bersama.. Siapa kata baba Romantik? Siapa kata baba Sweet? Siapa kata baba Best?
“Romantikkah dia...jika setiap ulangtahun perkahwinan dia akan memberi 77 kuntum bunga walaupun ibu marah kerana membazir. Sweetkah dia...jika setiap kali ibu makan udang dan ketam,ibu tidak pernah kopek sendiri bila dia ada.
"Bestkah dia...jika setiap kali rindukan anak2 dan ibunya,dia tidak mahu dengar suara dalam phone sebab takut makin rindukan mereka.
“Itu bukan Romantik... Itu bukan Sweet... Itu bukan Best... Tapi itu adalah DIA. Terima kasih baba sebab menjadi suami ibu dan baba kepada anak2 kita, Semoga Allah jodohkan kita berdua selamanya.. Biasalah,lantai tidak selalu rata.. tapi, kita tetap menari bersama..
“Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut rahsia Allah, Ibu sebagai isteri tugas ibu menjaga baba, menjaga maruah baba, menjaga harta baba dan menjadi isteri yang soleha mentaati suami, menyenangkan hati suami dan menjalankan tugas isteri sebaiknya.. Yang lain, kerja Allah...
“Apapun Selamat Ulangtahun yang ke-7 sayang... Terima kasih sayang sebab manjakan ibu sampai ibu mengada2. Ibu tidak mahu apa-apa daripada baba tapi ibu nak buat apa-apa yang terbaik untuk baba.. Tapi kalau baba nak bagi apa-apa, kira bonus lah hehehehe. Daripada isterimu, AFIFAH AMIN, since 1999 until Jannah...Amin... @ajakshiro,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen IG pasangan itu dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagia mereka sekeluarga.
Ahmad Shah
Wed Jun 08 2016
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.