Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha akui untuk membentuk anaknya, Yusuf Iskandar menjaga kebersihan gigi bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurut Hanis, perkara itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan komitmen untuk menjaga kebersihan gigi itu perlu dilakukan setiap hari.

Selain berkongsi perkara itu, Hanis juga turut memberikan tips menerusi posting terbaru di akaun Instagram anaknya @theyusufiskandar.

“Parenting juga bermaksud ajar anak jaga kebersihan gigi dan ia tak mudah yaa. So anyway, ia jadi komitmen setiap hari tanpa skip.

“Pastu dari cuci guna kain basah, ke guna berus, ke guna berus letrik (yang sangat menyenangkan dan puas hati, siap kirim Spinbrush ni dari my sister masa dia kat Australia).

“Kemudian dari ajar kumur guna air masak sehingga ke kumur guna air paip dan terkini, bawa jumpa dentist.

“Ini tak termasuk sesi pujuk memujuk nak suruh gosok gigi, mitos cockroach datang makan sisa makanan dalam mulut kalau gigi tak bersih. Works everytime lol,” tulisnya.

Parenting juga bermaksud ajar anak jaga kebersihan gigi, dan ia tak mudah yaa ?? So anyway, ia jadi komitmen setiap hari tanpa skip. Pastu dari cuci guna kain basah, ke guna berus, ke guna berus letrik (yang sangat menyenangkan dan puas hati, siap kirim Spinbrush ni dari my sister masa dia kat Australia), kemudian dari ajar kumur guna air masak sehingga ke kumur guna air paip, dan terkini, bawak jumpa dentist. Ini tak termasuk sesi pujuk memujuk nak suruh gosok gigi, mitos cockroach datang makan sisa makanan dalam mulut kalau gigi tak bersih. Works everytime lol. Thank you doctor @lesmiledentist check gigi Yusuf dengan lemah lembut dan tak buat dia nervous ? Recommended!

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Hanis memberitahu Yusuf mula dibawa untuk berjumpa doktor gigi selepas umurnya lebih dua tahun.

“Sepatutnya umur setahun bila dia dah mula ada gigi. Pergi untuk biasakan je. Tak payah check pun tak apa, bawa dia teman kita pergi check gigi kita. Yusuf pergi umur dah lebih dua tahun,” tulisnya.

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.

Dalam perkembangan terbaru, Hanis kini sedang hamil anak kedua.

Foto: Instagram @theyusufiskandar / @haniszalikha