Laman Utama

AJL37: “Eh? Ingatkan Mira Filzah!” - Gaya Tudung, Make Up On Point, Jihan Muse Dipuji Cantik Sangat

gempak
Mya Amri
13/02/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
AJL37: “Eh? Ingatkan Mira Filzah!” - Gaya Tudung, Make Up On Point, Jihan Muse Dipuji Cantik Sangat
Kemunculan Jihan Muse sebagai pengacara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menarik perhatian netizen.
Ini kerana penampilan gaya tudung dan juga solekan yang dipakai Jihan membuatkan dirinya kelihatan mirip pelakon, Mira Filzah.
Netizen juga menyatakan pada mulanya berasa keliru mengapa Mira berada di atas pentas dan bergandingan bersama Sherry.
Namun selepas mendengar suaranya dan kamera memberi fokus kepada kedua pengacara itu barulah mereka pasti hos yang lengkap berbusana merah jambu itu adalah Jihan.
Selain itu penampilannya, netizen juga memuji Jihan kelihatan semakin cantik dan langsing selepas bersalin anak keduanya tahun lalu.
Antara komen yang diterima:
“La, ingatkan Mira Filzah rupanya Jihan Muse,”
“Eh? Mati-mati ingatkan Mira Filzah! Lawanya Jihan, bagus betul make up artis dia,”
“Cantiknya Jihan Muse malam ni. Kejap muka macam Mira Filzah, kejap muka macam Zara Zya,”
“Kenapa tengok Jihan Muse macam ada iras Mira Filzah pula malam ni hihi,”
“Mira Filzah? Eh? Bukan… Bukan… Tu Jihan Muse. Lawaaaaaaanyaaa,”
Sementara itu, AJL37 menyaksikan Aina Abdul dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.
BACA: AJL37: 'Terus Hidup' Aina Abdul Juara AJL37, Gondol Wang RM100,00!
Selain juara, Aina juga diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya dari Aina dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live