Laman Utama

AJL37: Kembali Terang Pukau Penonton, Marsha Milan Dapat Standing Ovation

gempak
Syafiqah Jalal
12/02/2023
15:11 MYT
Sponsor Banner
AJL37:  Kembali Terang Pukau Penonton, Marsha Milan Dapat Standing Ovation
Persembahan daripada penyanyi, Marsha Milan Londoh menerusi lagu Kembali Terang di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) mendapat 'standing ovation' rata-raya penonton di dalam Stadium Axiata Arena sebentar tadi.
Marsha yang memakai busana serba putih itu berjaya memukau hampir semua semua penonon meskipun hanya berdiri di atas platform yang berada lebih tinggi dari pentas.
Penyanyi kelahiran Sabah ini menunjukkan vokal yang padu dan bertenaga dari mula hingga akhir sehingga membuatkan penonton seluruh stadium menjerit teruja.
Marsha mempertaruhkan lagu ciptaan Senna dan Ajin bersaing dengan 11 lagu lain di AJL37 kali ini.
Tahun lalu, Marsha berjaya memenangi tempat kedua di AJL36 apabila terpaksa tewas dengan SOG dan Shila Amzah yang membawakan lagu Pelukan Angkasa.
AJL37 mempertandingkan 12 buah lagu keseluruhan termasuk Satu Malam Di Temasek oleh Joe Flizzow, Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar, Korban oleh Ernie Zakri, Terus Hidup dari Aina Abdul dan banyak lagi.
Anugerah berprestij ini akan membawakan dua gabungan pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live