Penampilan pelakon Janna Nick ketika hadir di acara akhir Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) malam tadi telah mengundang perhatian netizen.

Pada acara tersebut, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner,28, dilihat mengenakan pakaian jenis sequin berwarna kelabu.

Namun apa yang membuat netizen terkejut adalah mengenai rekaan baju tersebut yang kelihatan agak seksi dan mencolok mata.

Ini kerana, pada bahagian atas baju berkenaan kelihatan seakan pakaian dalam wanita jenis tube.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa kurang senang dengan busana tersebut selain merasakan ia kurang sesuai dipertontonkan kepada umum.

“Badan berisi pakai pula ketat macam ni hurmm,” kongsi seorang wargamaya.

“Fuh, dia tak rasa malu ke pakai baju macam ni,” luah seorang netizen.

“Sorry Janna, kurang sesuai baju macam ni dengan awak,” kata seorang warganet.