Lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.



Kemenangan itu membolehkan Aina Abdul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara pula milik lagu Satu Malam Di Temasek ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga AJL37 pula milik lagu Anugerah Terindah ciptaan Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo,Tam Cobain dan Efry Arwis juga sebagai penyanyi itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Sementara itu, penyanyi lagu Aina Abdul sekali lagi dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya dari Aina sendiri sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik dimenangi Shiha Zikir yang mempertandingkan lagu Irama ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 dan trofi.

Bertemakan Dimensi Muzik, Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa AJL 37 pula diberikan kepada Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM12,000.

Kemuncak AJL37 tahun ini menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri serta juri-juri Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian.

Berlangsung dengan kehadiran lebih 8,000 orang penonton AJL37 dihoskan Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

AJL 37 membuka tirai dengan persembahan pembukaan 3 genre muzik iaitu Rock, Etnik Kreatif dan Hip Hop yang dijayakan oleh Azlan The Typewriter (Lagu Untukmu), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat - Etnik Kreatif), Kaka Azraff dan Syamel (Nuri - Rock) dan Tuju, Loca, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu - Etnik Kreatif & Hip Hop).

Anugerah berprestij itu membawakan dua gabungan pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama.

Berikut merupakan keputusan penuh AJL 37:

Juara:
Terus HidupPenyanyi: Aina AbdulLirik: Aina AbdulKomposer: Aina Abdul

Tempat Kedua:
Satu Malam di TemasekPenyanyi: Joe Flizzow dan SonaoneLirik: Joe Flizzow dan SonaoneKomposer; Sonaone

Tempat Ketiga:
Anugerah TerindahPenyanyi: Alif SatarLirik: Alif Satar, SHah Shamshiri dan RomeoKomposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis

Persembahan Terbaik:
IramaPenyanyi: Shiha ZikirLirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John JeevesKomposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves

Vokal Terbaik:
Terus HidupPenyanyi: Aina AbdulLirik: Aina AbdulKomposer: Aina Abdul