"Akak Gurau Je" - Pergaduhan di Tempat Letak Kereta Hanya 'Drama' Sheeda & Ifa Raziah

Kamaruddin Razal
Julai 11, 2018 11:31 MYT
Pergaduhan antara dua orang penyanyi dangdut, Sheeda dan Ifa Raziah hanyalah gurauan semata-mata.
Sheeda memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya menjelaskan hal yang sebenar.
Sebelum ini, Sheeda memuat naik potongan video dirinya menyerang Ifa di sebuah tempat letak kereta.
BACA: "Rupa Je Cantik, Hati Busuk!" - Sheeda Dangdut Mengamuk, Serang Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta
Menerusi entri tersebut, Sheeda menggelarkan Ifa sebagai seorang perempuan plastik.
BACA: “Hari Ini Akan Terbongkar Siapa Yang Bodoh”- Ifa Raziah
Sebelum itu, Sheeda yang ditemani anaknya, Bienda dan Ifa yang ditemani oleh suaminya menyertai majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara yang berlangsung pada petang semalam.
#Penyanyi #Ifa Raziah #Sheeda #Penyanyi