Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Akak Isap Saya Punya C*ck Tau, Kita Halalkan" - Aduhai... Baby Shima Masih Dapat DM Lucah Lelaki Gersang?

Amri Hassan
18/05/2022 04:50 MYT
Penyanyi Baby Shima mendedahkan masih menerima mesej lucah di media sosial daripada individu yang tidak dikenali.

BACA: "Ada Je Tak Kena, Biarlah Nak Kecam Asalkan Saya Tak Kacau Orang" - Baby Shima

BACA: Ziarah Kubur Kristian, Ini Penjelasan Baby Shima

Menerusi hantaran di Instagram pada Rabu, Shima mendedahkan wajah dan kiriman mesej lelaki berkenaan yang mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Antara mesej yang dikirimkan untuk Shima berbunyi; "Wow nak akak. Pastu saya bagi akak saya punya c*ck, akak isap tau. Area JB kak jom. Sedap kak kalau saya punya masuk kat akak punya. Kita halalkan."


Malah, individu berkenaan tidak henti-henti merayu untuk membuat perkara terlarang bersama Shima.

Meskipun mesej berkenaan berbaur lucah, perkongsian Shima itu mendapat reaksi melucukan daripada pengguna media sosial.

Rata-ratanya terhibur dengan permintaan luar biasa dan rayuan domba individu terbabit yang dianggap memalukan penduduk negeri selatan tanah air.

Mengimbas semula, Shima antara selebriti tempatan yang kerap menerima mesej-mesej lucah di media sosial.

Sehari sebelum Ramadan baru-baru ini, pelantun lagu Roadblock Hatiku itu menerima hantaran foto 'burung puyuh' seorang pengguna lelaki di Instagram.

BACA: Baby Shima Dapat Kiriman 'Burung Puyuh' Sehari Sebelum Ramadan - "Setakat DM Apa Barang, Meh Jumpa Depan-Depan"

#Penyanyi #Viral #Indonesia #Baby Shima #Mesej Lucah
;